Lelaki ganggu seksual di MRT Kajang diburu

Lelaki ganggu seksual di MRT Kajang diburu

Pihak berkuasa bertindak susulan video tular sejak semalam.

raba wanita mrt kajang
Tular video berdurasi 23 saat mendakwa seorang lelaki melakukan gangguan seksual di kawasan Gate A MRT Kajang.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki sedang diburu kerana disyaki melakukan gangguan seksual di kawasan Gate A MRT Kajang susulan video tular di media sosial.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata video kejadian berdurasi 23 saat tular pada semalam, sekitar 9 pagi.

“Siasatan tempat kejadian dijalankan dan menerusi rakaman yang diviralkan mendapati satu lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kajang.

Dalam pada itu, Naazron menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau terus menyebarkan video tular berkenaan kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta mencetuskan kegusaran masyarakat.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan kandungan sedemikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.