Bekal susu tak ikut piawaian RM120 juta, 3 disyaki kartel disiasat

Bekal susu tak ikut piawaian RM120 juta, 3 disyaki kartel disiasat

Sekitar 80 akaun bernilai RM70 juta turut dibekukan SPRM susulan operasi bersepadu bersama LHDN dan BNM.

macc sprm
Tiga kediaman dan sebuah syarikat diserbu SPRM bagi menyita dokumen kontrak bekalan susu tepung sejak 2019.
PETALING JAYA:
Tiga individu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki dalang kartel bekalan susu tepung yang tidak memenuhi piawaian bernilai RM120 juta kepada sebuah jabatan kerajaan.

Dalam operasi bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM), tiga kediaman dan sebuah syarikat di Kuala Lumpur diserbu dipercayai menjadi lokasi simpanan pelbagai dokumen.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, serbuan dibuat bagi menyita dokumen kontrak bekalan susu tepung sejak 2019.

Sumber berkata, kira-kira 80 akaun bernilai RM70 juta turut dibekukan dalam operasi itu.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, manakala LHDN pula menyiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.