
Diumumkan pada mesyuarat agung perwakilan tahunan (MAPT) KPF Ke-44, ia membabitkan pembayaran berjumlah RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.
“Pembayaran dividen mencerminkan komitmen lembaga kepada anggota melalui peningkatan hasil membolehkan agihan dividen dapat dibuat sepenuhnya berdasarkan keuntungan bersih semasa,” kata Pengerusi KPF Mohd Banuri Aris dalam kenyataan.
Sementara itu, Banuri berkata KPF juga akan melaksanakan pelan rasionalisasi aset pelaburan yang telah dirangka bagi memenuhi permintaan pengeluaran modal syer oleh anggota.
Langkah itu juga bagi menjana pendapatan mampan jangka panjang melalui penjualan aset perladangan dan hartanah tidak berpotensi serta penstrukturan aset pelaburan dalam syarikat bersekutu.
“Pelan ini bukan sahaja dirangka untuk menyantuni obligasi pengeluaran modal syer anggota, malah menjadi strategi jangka panjang bagi menyusun semula struktur aset KPF secara lebih mampan, efisien dan strategik.
“KPF yakin pendekatan ini mampu memperkukuh kedudukan kewangan serta menjamin kelangsungan kesejahteraan anggota dalam jangka masa panjang,” katanya.