Polis siasat dakwaan ah long bakar rumah

Polis siasat dakwaan ah long bakar rumah

Polis berkata pemilik rumah buat laporan dakwa kebakaran akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata polis sedang siasat dakwaan kebakaran tiga rumah dilakukan oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen. (Gambar X)
TASEK GELUGOR:
Polis menyiasat dakwaan kebakaran tiga rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama pada Selasa lepas dilakukan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata pemilik rumah membuat laporan mendakwa kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

“Pemilik sebuah rumah terlibat mendakwa menerima nota amaran daripada ‘ah long’. Siasatan terperinci dijalankan dan polis sedang menunggu laporan unit forensik bomba,” katanya.

Pada Selasa, media melaporan tiga rumah, lima kereta dan empat motosikal di taman perumahan itu musnah dalam kebakaran pada 4.50 pagi. Kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Seorang mangsa kebakaran kemudian memuat naik hantaran di Facebook mendakwa kebakaran dilakukan ‘ah long’ yang mahu melakukan khianat terhadap rumah lain.

Lelaki itu mendakwa seorang pemilik rumah menerima surat amaran untuk membayar hutang mengandungi nama dan maklumat peminjam, bagaimanapun individu tersebut tidak tinggal di tiga rumah yang terlibat kebakaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.