
KKM dalam kenyataan media memaklumkan kematian itu membabitkan pesakit jantung dan diabetes yang tidak mengambil suntikan vaksin ‘booster’ kedua.
Menurutnya, tahun lalu sebanyak 57 kes kematian akibat virus itu direkodkan.
“Kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024,” katanya.
Menurut KKM, dalam tempoh itu juga sebanyak 21,738 kes Covid-19 dilaporkan secara kumulatif, dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.
“Walaupun ada sedikit peningkatan pada ME 24/2025 kepada 3,379 kes berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya, iaitu sebanyak 68%, tetapi situasi semasa Covid-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan.
“Ini hasil pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam yang berkesan,” katanya.
Kementerian itu turut memaklumkan enam daripada 3,379 pesakit dalam tempoh itu pada awalnya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Kesemua enam pesakit tersebut mengalami komorbiditi seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
“Empat daripada mereka kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah, manakala dua lagi dipindahkan ke wad biasa,” katanya.