1 kematian Covid-19, varian baharu dikesan

1 kematian Covid-19, varian baharu dikesan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata seorang warga emas meninggal dunia akibat Covid-19.

DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata 43,087 kes dilaporkan setakat tahun ini berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama tahun lalu, menurun sebanyak 49.5%.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) merekod satu kematian Covid-19 pada minggu epidemiologi ke-35 (ME35/2025) sehingga 6 Sept lalu.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata ia membabitkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.

“Secara kumulatif, kematian Covid-19 sehingga kini adalah tiga (dilaporkan pada ME24/2025, 30/2025 dan 35/2025,” katanya dalam catatan X malam tadi menurut Bernama.

Beliau berkata, KKM mengesan penularan varian baharu Covid-19, XFG dengan 8.2% daripada 43,087 kes yang dilaporkan pada ME35 ialah varian terbabit.

Katanya, jumlah kes baharu pada ME35 menunjukkan penurunan sebanyak 12.8%, iaitu 594 berbanding 681 kes pada ME34.

Menurutnya, pengesanan genomik mendapati varian NB1.8.1 kekal dominan dengan merekodkan 39.4%, diikuti JN.1 (18.1%) dan XEC (13.3%), manakala varian lain merangkumi 21%.

“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024 (penurunan sebanyak 49.5%).”

Beliau menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan asas, iaitu kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak serta mendapatkan vaksinasi, jika berisiko.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.