
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata arahan mendakwa selebriti itu diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor.
“Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan selebriti itu 3 Jun lalu susulan laporan dibuat ibu remaja terbabit yang dipercayai peminatnya.
Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati remaja dan selebriti itu dipercayai berkenalan kira-kira dua bulan lalu selepas bertemu di beberapa tempat.