
Remaja itu yang dikenal pasti di mahkamah sebagai L, didakwa membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam tandas SMK Bandar Utama Damansara (4) pada 14 Okt tahun lalu.
Dia didakwa atas pertuduhan membunuh pada 22 Okt.
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid dalam prosiding tertutup kerana kes itu melibatkan seorang juvana.
Mahkamah menetapkan 3 Mac sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.
Peguam Kitson Foong, yang mewakili remaja itu, berkata perbicaraan dijadualkan Julai ini, dengan tarikh-tarikh perbicaraan akan ditetapkan bulan depan.
Menurutnya, ahli keluarga mangsa berkemungkinan dipanggil sebagai saksi, manakala peguam daripada Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dibenarkan hadir sebagai pemerhati prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie mewakili pendakwaan.