Elak spekulasi kes Yusoff Rawther, kata AGC

Elak spekulasi kes Yusoff Rawther, kata AGC

Jabatan Peguam Negara berkata pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaraan melalui media sindiran awam, kedudukan atau persepsi.

agc
Jabatan Peguam Negara berkata pihaknya akan meneliti keputusan kes Yusoff Rawther sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Jabatan Peguam Negara (AGC) menggesa orang rami mengelak membuat kenyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan pembebasan bekas penyelidik Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol palsu.

Dalam kenyataan, AGC berkata lebih-lebih lagi jika pernyataan dibuat luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaraan melalui media (trial-by-media), sindiran awam, kedudukan atau persepsi,” katanya yang turut menjelaskan pendakwaan dibuat mengikut bukti tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

AGC berkata, pihaknya akan meneliti keputusan kes itu sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan lanjut.

Semalam, Hakim Jamil Hussin membebaskan Yusoff tanpa dipanggil membela diri, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan, kerana ia tidak membuktikan semua elemen kesalahan dengan bukti yang boleh dipercayai.

Katanya, pihak pendakwaan gagal membuktikan bekas pembantu penyelidik itu mempunyai pengetahuan, penjagaan dan kawalan ke atas dadah dan pistol tiruan.

Yusoff didakwa mengedar ganja seberat 305g yang ditemui dalam kenderaan itu ketika ia diletakkan di hadapan surau polis Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept 2024.

Dadah itu didakwa dibungkus dalam beg plastik hitam.

Dia juga didakwa memiliki pistol tiruan itu di luar Kondominium Senada di Jalan Bukit Kiara pada 9.25 pagi hari sama.

Dakwaan bagi pertuduhan memiliki senjata api palsu dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata, membawa hukuman maksimum penjara setahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.