
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menjadi tetamu kehormat majlis yang menandakan ulang tahun ke-50 pencapaian pasukan hoki itu.
Antara yang hadir pada gala itu ialah ahli skuad hoki 1975, pasukan hoki wanita ke Sukan Asia 1982, lagenda badminton Tan Aik Huang dan Yew Cheng Hoe, dan ikon bola sepak Santokh Singh.
Seorang anggota pasukan hoki India yang memenangi kejohanan itu, Ashok Kumar, turut hadir dan beliau menceritakan cabaran berdepan pasukan Malaysia itu.
“Malaysia memberi kami perlawanan yang sengit dan hampir membuatkan kami terkeluar daripada perlawanan,” kata Ashok.
Gala Sports Flame, acara dwitahunan yang diadakan sejak 2011, cetusan idea bekas wartawan sukan George Das, mendiang R Velu, Lazarus Rokk dan Fauzi Omar.
Rokk mengambil peluang untuk mengenang kembali kejohanan 1975 dan memuji pemain yang membawa hoki Malaysia ke tahap yang tak pernah berlaku sebelum itu dan masih belum dapat diatasi.
Beliau juga memberi penghormatan kepada Velu, mendiang RD Silva, dan James Ritchie, yang meninggal dunia pada 3 Mei.
Al-Sultan Abdullah turut menyampaikan plak peringatan kepada anak Velu, Aaron Christopher.
Jaga ikatan
N Sri Shanmuganathan, kapten pasukan hoki 1975, memuji dedikasi Sports Flame untuk memberi penghormatan kepada atlet yang bersara.
“Kami mempunyai rakan sepasukan yang turun dari London dan Perth. Kami bertemu sekerap yang kami boleh (dengan mereka yang tinggal di Malaysia), tetapi bertemu mereka yang berada di luar negara satu perkara lain,” katanya.
K Maheswari, naib kapten pasukan hoki wanita yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1982, berkata acara itu menjadi platform untuk bekas atlet pelbagai sukan bertemu dan menjalin hubungan.
“Kali ini kami juga dapat bertemu atlet lain, seperti Santokh Singh yang hebat. Kami hanya berpeluang mengagumi mereka di hadapan TV kerana mereka warga emas, tetapi kini kami dapat bertemu mereka secara peribadi. Ia satu penghormatan,” tambahnya.
Jaguh badminton, Yew Cheng Hoe, yang berada dalam pasukan yang memenangi Piala Thomas 1967, berharap pengasas Sport Flame akan terus bersemangat dalam memberi penghormatan kepada bekas atlet dan menganjurkan lebih banyak acara seumpama ini.
“Mereka satu-satunya yang mengingati semua bekas pemain. Tiada siapa yang melakukan ini untuk kami dan kami benar-benar menghargai apa yang mereka lakukan.
“Ini satu-satunya peluang yang kami dapat bertemu dengan semua bekas ahli sukan,” katanya sambil berterima kasih kepada Sports Flame kerana menghimpunkan mereka.