Atlet silambam negara raih 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia

Atlet silambam negara raih 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia

Enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbang dua emas, menurut presiden Persatuan Silambam Malaysia.

silambam
Pasukan silambam negara muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.

Presiden Persatuan Silambam Malaysia Dr M Suraess berkata, enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbang dua emas menerusi kategori kemahiran individu dan tempur di Kompleks Sukan Doha.

Pemenang pingat emas itu terdiri Prakash dalam kategori lelaki terbuka melebihi 60kg, Shastivena untuk kategori perempuan bawah 17 tahun (55kg-65kg), serta Leenasree (30kg-40kg), Kavithira (45kg-55kg), Darnisha (55kg-65kg), dan Ranishaa (melebihi 70kg) dalam kategori perempuan bawah 15 tahun.

Dr Suraess berkata, tuan rumah Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing menamatkan kejohanan di tempat kedua dan ketiga. Kejohanan itu turut disertai wakil dari India dan Arab Saudi.

“Kami mencipta sejarah dengan memenangi gelaran juara keseluruhan. Enam atlet kami yang pernah memenangi pingat di Sukma Sarawak pada Ogos lepas turut mengambil bahagian, katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.