
Ketua Polis Putrajaya, Aidi Sham Mohamed, berkata pergerakan keluar negara wanita itu setakat ini sudah disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika agensi antirasuah itu melakukan siasatan.
Katanya, polis juga akan merakam percakapan anak-anaknya dan saksi dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh polis antarabangsa (Interpol).
“Setakat ini seramai 27 orang saksi juga sudah dirakam percakapan.
“Kita juga menolak kemungkinan terdapat suspek lain yang terbabit dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Kelmarin, media melaporkan Interpol sedang mengatur proses merakam keterangan anak wanita terbabit.
Kehilangan Ling menjadi tanda tanya apabila dikatakan diculik ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak itu, dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-panggilan dari Cheras ke pejabat SPRM.
Saksi mendakwa kenderaan dinaikinya dihalang tiga kereta sebelum dibawa pergi oleh individu memakai pakaian polis.