Pembantu kedai maut ditikam, seorang suspek diberkas

Pembantu kedai maut ditikam, seorang suspek diberkas

Siasatan awal mendapati pembunuhan bermotifkan cemburu.

Seorang lelaki diberkas bersama parang dipercayai digunakan untuk menikam seorang pembantu kedai berusia 19 tahun di Taiping. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping, Perak semalam.

Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata siasatan awal mendapati pembunuhan itu bermotifkan cemburu.

Dalam masa kurang daripada 24 jam, suspek yang berusia 40 tahun diberkas di Aulong pada kira-kira 11 pagi, bersama parang yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, 19.

Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan melalui orang awam yang menjumpai mangsa tertiarap dan berlumuran darah pada 2.55 petang,” katanya, lapor Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Taiping untuk permohonan reman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.