4 termasuk Datuk Seri disyaki buat tuntutan palsu RM360 juta ditahan

4 termasuk Datuk Seri disyaki buat tuntutan palsu RM360 juta ditahan

Suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita akan direman esok.

macc
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Zainul Darus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.
PETALING JAYA:
Empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM360 juta.

Suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia 50-an dan 70-an ditahan antara 4 hingga 6 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.

“Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, yang mengesahkan tangkapan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Katanya, semua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.