
Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan sebagai sebahagian siasatan membabitkan “pihak luar tertentu kepada kumpulan yang bukan pekerja, pegawai atau sebahagian pengurusan kumpulan”.
“Kami ingin menekankan berdasarkan maklumat yang ada setakat ini, kami tidak menyedari sebarang dakwaan atau salah laku di pihak kami dan memahami perintah pembekuan adalah prosedur diambil dalam proses siasatan.
“Padini telah dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan serta kekal komited memastikan ketelusan sepanjang proses ini,” katanya dalam kenyataan.
Syarikat itu berkata, atas dasar berhati-hati, ia telah memulakan semakan dalaman untuk menilai keadaan berhubung isu berkenaan, termasuk kawalan dalaman dan prosedur pematuhan.
Katanya, peguam luar telah dilantik dan langkah sewajarnya mungkin diambil, termasuk usaha menyahbekukan akaun bank terjejas.
“Kami ingin menjelaskan operasi harian kumpulan kekal berfungsi sepenuhnya dan tidak terganggu, dengan perniagaan berjalan seperti biasa.
“Maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa, jika terdapat perkembangan material.”