
Katanya, SPR dari sudut Perlembagaan masih dalam tempoh masa untuk melaksanakan tanggungjawabnya, namun menggesa ia mengambil kira persiapan Sarawak menghadapi PRN tahun ini.
“Selepas beberapa bulan berlalu, masih belum ada kepastian sama ada 17 kerusi baharu tersebut akan dapat digunakan pada PRN akan datang,” katanya lapor Borneo Post.
Asfia berkata DUN meluluskan rang undang-undang berkaitan penambahan kerusi itu pada Julai tahun lalu, dan DUN tidak boleh mempertimbangkan semula keputusan tersebut kecuali melalui usul pembatalan.
Katanya, SPR mesti menyelesaikan proses persempadanan semula sebelum kerusi baharu tersebut dapat digunakan pada PRN akan datang.
Cadangan Sarawak untuk menambah bilangan kawasan pilihan raya mesti dikemukakan ke Parlimen untuk kelulusan sebelum boleh dikuatkuasakan.