Tiada PRK di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, kata SPR

Tiada PRK di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, kata SPR

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul maklum tiada keperluan PRK diadakan bagi isi kekosongan luar jangka.

Rafizi Ramli Nik Nazmi Nik Ahmad
Bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, sebelum keluar daripada parti itu.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen.

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

“Selaras dengan itu, tiada PRK bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa sebelum keluar daripada PKR, dan kini mengambil alih Parti Bersama Malaysia.

PRK tidak diwajibkan kerana Parlimen akan terbubar secara automatik dalam tempoh kurang dua tahun.

Bagaimanapun, speaker Dewan Rakyat boleh meminta SPR mengadakan PRK sekiranya beliau memaklumkan secara bertulis bahawa kekosongan kerusi itu menjejaskan majoriti kerajaan di Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.