Soal siasat Ismail Sabri masuk hari ke-9

Soal siasat Ismail Sabri masuk hari ke-9

Bekas perdana menteri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2.52 petang.

ismail sabri
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob disiasat SPRM sebagai suspek dalam siasatan melibatkan empat bekas pegawainya.
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi hari kesembilan untuk disoal siasat.

Ahli Parlimen Bera tiba pada 2.52 petang bagi menyambung rakaman memandangkan beliau dianggap suspek dalam siasatan melibatkan empat bekas pegawainya, menurut Bernama.

Ismail mengisytiharkan harta kepada SPRM pada 10 Feb dan mula disiasat agensi itu pada 19 Feb. Beliau juga dipanggil untuk soal siasat pada 13,14,17, 19, 20, dan 24 Mac, kemudian disambung lagi pada 24 April, dengan setiap sesi mengambil masa sekitar enam jam.

Ismail pada 22 Feb rebah di kediamannya dan dimasukkan ke hospital kerana masalah berkaitan tekanan darah, sekali gus menyaksikan dua sesi bersama SPRM tidak dapat dijalankan masing-masing pada 5 dan 7 Mac memandangkan beliau mendapat sijil sakit.

SPRM sedang menyiasat penemuan kira-kira RM170 juta wang tunai dan jongkong emas 16kg bernilai jutaan ringgit, yang dirampas dalam serbuan di beberapa lokasi termasuk premis dijadikan ‘safe house’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.