
Kedua-duanya yang berusia lingkungan 30-an sebelum ini direman sehari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembayaran RM600,000, sebelum dibebaskan semalam.
Sumber SPRM berkata pasangan itu direman sehingga 8 Feb selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Setar, lapor Sinar Harian.
Pendakwah berkenaan, yang juga merupakan pengarah urusan institusi pendidikan sama, dipercayai bersekongkol dengan ketua kewangan untuk menyeleweng RM1.3 juta.
Sumber itu berkata dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, manakala siasatan turut mendapati kedua-dua suspek didakwa meluluskan pembayaran untuk membeli sebuah rumah bernilai kira-kira RM500,000.
Pengarah SPRM Kedah, Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan tersebut dan berkata siasatan telah dijalankan sejak Oktober tahun lalu.