Didakwa liwat pelajar, anak kakitangan pusat pendidikan swasta ditahan

Didakwa liwat pelajar, anak kakitangan pusat pendidikan swasta ditahan

Kes itu terbongkar selepas rakan mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya yang kemudian memaklumkan bapa mangsa.

handcuff
Siti Kamsiah Hassan berkata suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
PETALING JAYA:
Seorang remaja 18 tahun yang juga anak kakitangan pusat pendidikan swasta di Ampang ditahan bagi membantu siasatan kes liwat seorang pelajar tahun lalu.

Kes itu terbongkar selepas rakan mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya yang kemudian memaklumkan bapa mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya menerima laporan bapa mangsa berusia 39 tahun Ahad lalu.

Menurutnya pengadu memaklumkan kejadian berlaku April tahun lalu dan mendakwa anaknya yang ketika itu berusia 14 tahun diliwat anak seorang kakitangan pusat pendidikan swasta dalam bilik air.

“Sebelum itu, pada hari sama ketika berada dalam bilik asrama, suspek didakwa memeluk mangsa dan mengambil tangan kiri mangsa lalu masukkan ke dalam seluar suspek untuk melakukan perkara tidak senonoh,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata mangsa yang kini trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan bukan bapanya kerana takut dimarahi.

Katanya, suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.