
Ketua Polis Temerloh, Mohd Nasyim Bahron, berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad itu, mangsa berusia 23 tahun bersama rakan setugas sedang melakukan rondaan sebelum terserempak sebuah motosikal hitam tanpa nombor pendaftaran dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, suspek cuba melarikan diri dengan memecut motosikalnya sebelum dikejar dan remaja itu bertindak menendang motosikal polis sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan akibat luka di tangan dan kaki kanan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, dua remaja itu ditahan pada 2.30 petang semalam dan sebuah motosikal hitam turut dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan individu tanpa lesen sah menunggang motosikal, manakala ibu bapa atau penjaga boleh disiasat mengikut Seksyen 39 akta sama.”