
Mangsa berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata mengesahkan kejadian itu namun tidak memberikan butiran lanjut.
Berita Harian yang memetik sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem dikejutkan dua anggota senior untuk bersahur, pada 2.15 pagi.
Dua senior terbabit bagaimanapun mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’ selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali sebelum bersahur.
Mangsa selepas itu dikatakan pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.
Dia dihantar ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada 3.05 pagi.