
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua maut, manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bangunan runtuh di Kota, negeri Rajasthan, barat India pada Sabtu, menurut pegawai kerajaan pada Ahad, lapor Xinhua.
Ketika memberi taklimat media mengenai kejadian itu, Pesuruhjaya Bahagian Kota, Anil Agrawal, berkata dua mayat dikeluarkan dari lokasi kejadian dan usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti identiti mangsa korban.
Daripada jumlah mangsa cedera, dua orang dilaporkan parah.
“Semua mangsa cedera dimasukkan ke hospital tempatan,” katanya.
Menurut media tempatan, bangunan itu menempatkan sebuah kedai makan di tingkat bawah.
Punca runtuhan belum dikenal pasti dan operasi menyelamat masih diteruskan.