
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditemui maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Kepong, semalam.
Polis menjumpai mayat si isteri dengan 13 kesan tikaman iaitu 10 di leher, satu di tangan kiri dan dua di badan, terbaring berlumuran darah di atas lantai.
Manakala mayat si suami dijumpai dengan kesan tikaman di bahagian leher. Wanita dan lelaki ini merupakan orang tempatan, masing-masing berusia 52 dan 54 tahun.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur,” menurut Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, dalam kenyataan.
Penemuan ini menyusuli pemeriksaan oleh polis yang menerima maklumat daripada panggilan MERS 999.
Kes dikelaskan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.