2 prebet ditahan disyaki bunuh Muqriz Aseri

2 prebet ditahan disyaki bunuh Muqriz Aseri

Dua prebet berusia 22 dan 24 tahun direman kerana dipercayai bunuh prebet berusia 21 tahun pada 24 Mac dalam insiden dera di Kem Sri Miri, Sarawak.

handcuff
Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu, berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh Muhammad Muqriz Aseri. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Dua prebet disyaki membunuh Muhammad Muqriz Aseri, 21, direman tujuh hari sehingga 2 April ini, kata Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu.

Suspek masing-masing berusia 22 dan 24 tahun ditahan di Kem Sri Miri, Sarawak, pada 4.30 petang semalam.

“Kes itu kini sedang dalam siasatan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” katanya menurut Berita Harian.

Alexson turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Awal hari ini, laporan itu memetik sumber sebagai berkata, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem dikejutkan dua anggota senior untuk bersahur, pada 2.15 pagi, 24 Mac.

Dua senior terbabit bagaimanapun mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’ selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali sebelum bersahur.

Mangsa selepas itu dikatakan pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Dia dihantar ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada 3.05 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.