
Perintah reman terhadap kesemua individu itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Seorang direman tiga hari bermula hari ini hingga 30 Jan, manakala empat individu lain turut direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok.
Sumber berkata, kesemua individu yang direman terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus serta pemilik syarikat yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan syarikat kroni pegawai kanan TLDM berkenaan.
“Kerja-kerja itu disyaki melibatkan pangkalan TLDM Lumut, Perak,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Saiful Ezral Arifin, mengesahkan perkembangan itu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu, SPRM menahan reman seorang pegawai kanan TLDM kerana disyaki terbabit rasuah dengan mengesyorkan serta melantik syarikat kroni bagi mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
Turut direman ketika itu seorang pengarah syarikat kerana disyaki bersubahat dalam kegiatan berkenaan, dengan perintah reman tujuh hari sehingga 29 Jan.
Menurut laporan, siasatan awal juga mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen diterima, termasuk beberapa aset tak alih serta kemasukan kira-kira RM2 juta daripada sumber diragui ke akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan miliknya.