
Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun mendakwa diperdaya selepas menyertai kumpulan WhatsApp menawarkan skim pelaburan pada November lalu.
Menurutnya, mangsa diberikan pautan laman sesawang boleh diakses untuk melihat keuntungan dan mengendalikan pelaburan.
“Dia yang tertarik dengan keuntungan tinggi sehingga USD8 juta membuat pelaburan dan melakukan transaksi pada 27 Nov tahun lalu sehingga 4 Mac lalu dengan empat pemindahan dalam talian ke empat akaun bank tempatan berjumlah RM2.3 juta,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan keuntungan diperolehi, sebelum membuat laporan di IPK Johor semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.