Umno Kedah hormat pendirian Langkawi bantah kembalikan sistem pemilihan lama

Umno Kedah hormat pendirian Langkawi bantah kembalikan sistem pemilihan lama

Namun Ketua Penerangan Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjelaskan bantahan disuarakan Ketua Umno Langkawi Mohd Nazifuddin Najib tidak mewakili Umno Kedah.

pau
Pada 2013 Umno memperkenalkan kaedah pemilihan membenarkan kira-kira 150,000 perwakilan mengundi berbanding hanya 3,000 dipilih ke perhimpunan agung parti.
PETALING JAYA:
Umno Kedah menghormati bantahan terhadap cadangan supaya pemilihan jawatan tertinggi parti dikembalikan kepada sistem lama oleh satu daripada bahagiannya iaitu Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Penerangan, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pihaknya meraikan pandangan Ketua Umno Langkawi Mohd Nazifuddin Najib yang mendakwa tindakan mengehadkan kuasa mengundi kepada perwakilan ke perhimpunan agung parti sebagai langkah ke belakang.

Namun, beliau mejelaskan perkara itu bukan mewakili Umno Kedah dan tidak berbangkit ketika ini kerana Umno pusat belum membuat keputusan terhadap cadangan.

Shaiful Hazizy Zainol Abidin.
Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

“Itu pandangan (pemimpin Umno Langkawi) kita hormati dan raikan, apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi pucuk pimpinan tentang perkara itu,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, Nazifuddin berkata Umno Langkawi membantah cadangan supaya pemilihan jawatan tertinggi parti dikembalikan kepada sistem lama, menggantikan kaedah kini yang membolehkan lebih ramai mengundi.

Pada 2013, Umno memperkenalkan kaedah pemilihan membenarkan kira-kira 150,000 perwakilan mengundi berbanding hanya 3,000 dipilih ke perhimpunan agung parti.

Ahad lalu, Naib Presiden Umno Khaled Nordin dilaporkan FMT berkata cadangan untuk mengubah sistem pemilihan itu dikemukakan pada persidangan tahun lalu oleh beberapa bahagian Umno.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi perlembagaan dan keahlian Umno berkata parti dalam proses mengumpul maklum balas berkait cadangan terbabit.

Presiden Umno Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu dipetik berkata parti itu terbuka meneliti cadangan mengubah sistem pemilihannya termasuk kembali kepada kaedah lama membabitkan jawatan tertinggi peringkat pusat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.