SPRM rujuk doktor tentang tahap kesihatan Ismail Sabri

SPRM rujuk doktor tentang tahap kesihatan Ismail Sabri

Rakaman percakapan yang sepatutnya berlaku esok terpaksa ditangguhkan ke 13 Mac, atas sebab kesihatan.

macc
SPRM mahu pastikan tahap kesihatan Ismail Sabri Yaakob dalam keadaan baik untuk rakaman percakapan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu rujuk doktor yang merawat Ismail Sabri Yaakob sebelum merakam percakapan beliau, menurut sumber.

Sumber memaklumkan bahawa SPRM mahu memastikan tahap kesihatan bekas perdana menteri itu dalam keadaan yang baik untuk rakaman percakapan.

Perkembangan ini selepas rakaman percakapan yang sepatutnya berlaku esok terpaksa ditangguhkan ke 13 Mac, atas sebab kesihatan.

“SPRM ambil berat tahap kesihatan Ismail,” katanya kepada FMT.

Ismail berdepan siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Ismail dipanggil atas kapasiti sebagai suspek dan bukan saksi bagi kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Bagaimanapun, proses rakaman percakapan bergantung kepada tahap kesihatan Ismail, katanya.

Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 22 Feb lalu selepas dikatakan pengsan dan tidak sedarkan diri.

Ahli Parlimen Bera itu kali pertama dipanggil pada 19 Feb, telah mengisytiharkan aset yang menjadi sebahagian siasatan atas perbelanjaan dana untuk tujuan promosi dan publisiti ketika menjadi perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.