Mahkamah tolak permohonan Zaim, Ismanira batal tuduhan abai anak

Mahkamah tolak permohonan Zaim, Ismanira batal tuduhan abai anak

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan bahawa pertuduhan yang dikemukakan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak cacat.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan anak mereka Zayn Rayyan dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Mahkamah Tinggi menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membatalkan membatalkan pertuduhan, sekali gus dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan mengabaikan kanak-kanak autistik terbabit.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak cacat.

“Pertuduhan itu memenuhi syarat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Beban terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan bagaimana pengabaian itu berlaku, dan ia mestilah sesuatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak itu,” kata hakim ketika menyampaikan keputusannya.

Zaim dan Ismanira telah membuat permohonan itu dengan mendakwa pertuduhan jenayah dikenakan ke atas mereka tidak mendedahkan sebarang kesalahan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen itu menjadikannya satu kesalahan untuk mendera, mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kanak-kanak itu.

Pasangan itu berhujah bahawa pertuduhan terhadap mereka tidak mempunyai butiran yang mencukupi mengenai unsur-unsur kesalahan itu.

Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersama mengabaikan Zayn Rayyan, 6, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar jalan PJU Damansara Damai pada 12 tengah hari 5 Dis 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.