
Budiman menerima surat pelantikannya daripada Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dalam satu majlis ringkas di Istana Kehakiman hari ini.
Beliau kemudian mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Malaya Hashim Hamzah.
Turut hadir ialah Presiden Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi.
Budiman, 49, akan melaporkan diri untuk bertugas di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Jumaat ini.
Beliau merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang membawa kepada sabitan bekas perdana menteri Najib Razak atas kesalahan rasuah.
Budiman juga merupakan pegawai pengendali dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi yang dihadapi oleh Tabung Haji dari 2014 hingga 2020.
Budiman mengikuti pengajian undang-undang di King’s College, London.
Beliau berkhidmat dalam amalan guaman swasta sebelum menyertai Jabatan Peguam Negara pada 2004 sebagai timbalan pendakwa raya, sebelum dinaikkan pangkat kepada peguam kanan persekutuan.
Beliau meninggalkan perkhidmatan itu pada 2022 untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti.