Titah Sultan Pahang: PAS gagal ‘tunggang’ kes adendum, kata Anwar

Titah Sultan Pahang: PAS gagal ‘tunggang’ kes adendum, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim puji kebijaksanaan Sultan Pahang yang mahu semua pihak menghormati proses serta undang-undang.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata PAS gagal tunggang kes titah adendum susulan titah Sultan Pahang.
SHAH ALAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata PAS sudah gagal ‘tunggang’ kes titah adendum selepas Sultan Pahang titah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskannya.

Anwar memuji kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu semua pihak menghormati proses serta undang-undang.

“Kebijaksanaan Sultan Pahang supaya titah adendum itu biar proses undang-undang,” kata Anwar dalam ucapan sempena mesyuarat agung PKR Selangor peringkat bahagian dan sayap.

“Maka mereka nak tunggang kes adendum gagal. Lingkup strategi PAS. Dia tak ada modal.”

Semalam, Al-Sultan Abdullah, yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16, bertitah perkara itu berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti, oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Mac bagi mendengar permohonan kebenaran rayuan peguam negara, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman diberikan kepada Najib Razak, dalam usaha bagi dirinya menghabiskan baki pemenjaraan bawah tahanan rumah.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan perintah tambahan dikeluarkan Al-Sultan Abdullah, ketika baginda menjadi Agong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.