
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai video terbabit Selasa lepas.
“Siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi semalam, lapor Bernama.
Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pemeriksaan Bernama menerusi platform TikTok mendapati video berdurasi 29 saat terbabit dimuat naik satu pemilik akaun.
Video itu memaparkan seorang individu lelaki warga tempatan dipercayai sedang berada di luar negara menghasut rakyat negara ini untuk bertindak kasar terhadap pasukan keselamatan itu.