Menteri arah aspek keselamatan semua stesen dipertingkat

Menteri arah aspek keselamatan semua stesen dipertingkat

Beberapa langkah akan diambil susulan penemuan mayat seorang lelaki buta di landasan stesen LRT.

Menteri Loke Siew Fook kata CCTV pintar dan ‘platform screen door’ akan dipasang di semua stesen dan laluan LRT. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri pengangkutan mengarahkan aspek keselamatan di semua stesen tren dikaji semula dan dipertingkatkan, selepas seorang lelaki buta ditemui mati di landasan Stesen LRT Titiwangsa pagi tadi.

Loke Siew Fook berkata kementerian dan semua pihak berkaitan, terutama Prasarana Malaysia Bhd, sedang bekerjasama dalam siasatan terperinci.

Bagi mengelakkan kejadian berulang, Loke memaklumkan Prasarana akan mengambil beberapa langkah termasuk pemasangan kamera litar tertutup pintar yang berupaya mengesan perilaku berisiko akan dipasang di stesen.

“Bagi jangka masa panjang pula, Prasarana dalam perancangan untuk memasang ‘platform screen doors’ di semua laluan LRT sebagai usaha memperkukuh keselamatan penumpang,” katanya di Facebook.

Mayat seorang lelaki kurang upaya ditemui bawah landasan pagi tadi, dipercayai mangsa terjatuh di kawasan rel kereta api sebelum dilanggar sebuah kereta api yang melintasi kawasan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.