Suami direman 3 hari kes wanita maut motosikal terbabas

Suami direman 3 hari kes wanita maut motosikal terbabas

Penghantar barang berusia 22 tahun itu direman mulai hari ini selepas isterinya maut dalam kemalangan tengah malam semalam.

Alor Gajah
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penghantar barang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Alor Gajah tengah malam semalam.

Perintah reman bermula hari ini terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam di depan Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

Nur Erdiyanah, seorang pekerja kilang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis, terdapat maklumat bahawa sebelum kemalangan, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya.

Difahamkan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa mengikutnya dari belakang, namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.