
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2% kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12%.
“Tetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2% kemudian naik kepada 4% dan 6%.
“Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2%, yang mana sangat minimum,” kata Anwar semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).
Beliau berkata Jemaah Menteri menimbang cadangan daripada dewan perniagaan.