
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian bermula 18 Nov lalu selepas mangsa berusia 46 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham menjanjikan keuntungan berganda dalam tempoh singkat.
Katanya, mangsa menekan pautan lalu disambungkan ke aplikasi WhatsApp, dan berkomunikasi dengan seorang wanita mengaku sebagai perunding pelaburan saham.
“Wanita terbabit mengajak mangsa melabur ke dalam pasaran saham dengan menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
“Mangsa melakukan 14 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza antara 14 Nov hingga 6 Dis lalu, membabitkan jumlah keseluruhan RM835,000,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan.
Katanya, mangsa mula menyedari ditipu selepas usaha mendapatkan semula wang pelaburannya gagal.
“Siasatan awal mendapati dua daripada tiga akaun bank yang terbabit mempunyai rekod laporan polis berkaitan kes penipuan pelaburan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.