
PETALING JAYA: Lelaki berusia 23 tahun disyaki meliwat anak asuhan ibunya berusia empat tahun direman empat hari.
Kejadian dikatakan berlaku sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat IPD Johor Bahru Selatan.
Tempoh reman berkuat kuasa hari ini sehingga Rabu itu membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek yang juga pekerja kilang itu mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.
Sebelum ini, dilaporkan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru, kira-kira 3.20 petang, semalam.