2 penuntut UiTM maut motosikal terbabas

2 penuntut UiTM maut motosikal terbabas

Mangsa masing-masing usia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada kepala.

Polis berkata motosikal Yamaha NVX dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang. (Gambar PDRM)
SEREMBAN:
Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Rembau maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina, petang tadi.

Ketua Polis Rembau, Hasani Hussain, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa masing-masing pelajar diploma pengurusan maklumat serta diploma komunikasi dan media dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik.

“Apabila tiba di jalan selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.