Kastam India gagal cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura dari Malaysia

Kastam India gagal cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura dari Malaysia

Dua penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan bersama individu yang menanti untuk menerima kargo kura-kura telinga merah.

kura
Pihak berkuasa India memulangkan semula 5,193 kura-kura telinga merah yang dirampas ke Malaysia pada hari sama. (Gambar Envato Elements)
NEW DELHI:
Pihak kastam India berjaya menggagalkan cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia di Lapangan Terbang Chennai.

Dua penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan bersama individu yang menanti untuk menerima kargo berkenaan pada Selasa.

Pihak berkuasa memulangkan semula 5,193 kura-kura yang dirampas ke Malaysia pada hari sama, menurut Jabatan Kastam Chennai pada Khamis.

Lapangan Terbang Chennai sebelum ini pernah mencatat banyak rampasan spesies hidupan liar yang jarang ditemui.

Permintaan bagi pasaran haiwan peliharaan di India mendorong perdagangan hidupan liar secara haram dari Asia Tenggara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.