
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Pasangan tersebut akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Azam berkata, SPRM menahan pasangan itu tengah hari tadi dan diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah Khamis ini, menurut Berita Harian.
Pada 28 Nov lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.
Susulan itu, ia diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.
Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat itu.
Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu.
SPRM dilaporkan turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB untuk siasatan.