
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata ia termasuk sembilan individu terbaru diambil keterangan dengan mereka yang terlibat, meliputi pegawai jurulatih, pegawai perubatan, pelajar serta pengadu dalam kes tersebut.
Beliau berkata, beberapa lagi individu akan dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada koroner untuk inkues dan arahan lanjut.
“Sehingga itu kita minta supaya semua pihak berhenti menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelupusan barang kes di IPD Shah Alam.
Pada 10 Nov lalu seorang pelajar UiTM berumur 25 tahun dikatakan pengsan semasa menyertai sesi latihan di padang kawad sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan, dan tiga hari kemudian dia dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu, merujuk kepada majlis pelupusan hari ini Iqbal berkata 730 mesin bitcoin, 150,000 botol arak, 100,000 tin arak, 500,000 batang rokok, 3,790 banner dan 6,251 VCD dilupuskan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM750,000.