
UiTM dalam kenyataan memaklumkan selain langkah proaktif itu, kerjasama penuh akan diberikan kepada siasatan kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM, yang didakwa meninggal dunia selepas menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual pada 13 Nov.
Menurut kenyataan, pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis dan lembaga siasatan di bawah angkatan tentera untuk melakukan siasatan lanjut.
“Pihak pengurusan universiti berasa amat sedih di atas kejadian ini dan memberi jaminan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan terhadap kes ini.
“UiTM komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan setiap pelajarnya sentiasa diutamakan,” menurut kenyataan.
UiTM turut mengucapkan takziah dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dilapor berkata laporan penuh daripada sebuah universiti awam berhubung kes itu akan diperoleh terlebih dahulu, sebelum tindakan susulan diambil.
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan satu kenyataan media berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.