
Sumber berkata, dokumen itu membabitkan permohonan kuota berkenaan untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia.
Katanya, perintah reman lima hari sehingga 18 Nov telah dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an ditahan kira-kira 5 petang semalam, ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.
“Suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan, sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek dikemukakan tidak wujud.
“Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM 1.1 juta,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 12 Nov, seorang pengarah syarikat bergelar Datuk berkait kes itu turut direman sehingga 17 Nov.