
Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, SSPA menawarkan struktur gaji dan elaun lebih kompetitif, selain peluang kenaikan pangkat serta pembangunan kerjaya lebih baik.
“Malah, semua kelebihan urusan pengambilan pegawai OKU bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dikekalkan dalam SSPA,” katanya menjawab soalan tambahan V Sivakumar (PH-Batu Gajah) berhubung cara pelaksanaan SSPA dapat mengukuhkan sasaran dasar 1% penjawat awam OKU dalam perkhidmatan awam pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) sama ada kerajaan sedia meningkatkan peratusan dasar itu jika ia tercapai pada masa depan, beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dengan perkara itu.
“Namun, kemungkinan kita kena tengok balik data sedia ada daripada semua agensi untuk memastikan berapa peratusan mereka (OKU) yang ada dalam perkhidmatan kerajaan. Saya yakin apabila capai sasaran, tiada halangan untuk kita teruskan atau tingkatkan 2% atau 3% lagi.”
Menurutnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 4,805 permohonan daripada calon OKU berbanding 1.13 juta keseluruhan permohonan setakat 30 Sept lalu.
Beliau berkata, 44 OKU dilantik berbanding keseluruhan pelantikan 13,491 orang.
Daripada jumlah dilantik itu, mereka terdiri daripada 39 OKU kurang upaya fizikal, kurang upaya pendengaran (tiga) serta masing-masing seorang kategori kurang upaya mental dan penglihatan.