Mayat wanita membusuk disyaki dibunuh anak saudara

Mayat wanita membusuk disyaki dibunuh anak saudara

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan susulan penemuan mangsa.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata mangsa merupakan warga tempatan berusia 54 tahun. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Mayat wanita membusuk ditemukan dalam bilik sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, Ipoh, dipercayai dibunuh anak saudara.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata penemuan mayat warga tempatan berusia 54 tahun itu susulan makluman orang awam pada 8.31 pagi tadi.

Katanya, tindakan pantas polis pada hari ini membawa penangkapan lelaki tempatan berusia 21 tahun, juga anak saudara mangsa.

“Permohonan reman akan dibuat pada 11 Nov di Mahkamah Majistret Ipoh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Abang Zainal memohon orang ramai mempunyai maklumat tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Dasarathan Subramaniam di talian 012-5644484.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.