SPRM ambil keterangan pasangan usahawan Vivy, Fadzaruddin

SPRM ambil keterangan pasangan usahawan Vivy, Fadzaruddin

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki mengesahkan kedua-duanya dirakam percakapan dalam siasatan berkaitan kerugian pelaburan dalam FashionValet membabitkan dana awam.

vivy yusof n fadza
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pasangan itu antara enam individu dirakam percakapan selepas serbuan ke atas empat lokasi, termasuk sebuah kementerian semalam. (Gambar Instagram Vivy Yusof)
PETALING JAYA:
Pasangan usahawan terkenal, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar, beri keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki mengesahkan kedua-duanya dirakam percakapan dalam siasatan berkaitan kerugian pelaburan dalam platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), membabitkan dana awam.

Beliau beritahu Berita Harian, pasangan itu antara enam individu dirakam percakapan selepas serbuan ke atas empat lokasi, termasuk sebuah kementerian semalam.

SPRM mengambil beberapa dokumen di Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), dan FashionValet untuk dikaji serta disemak berhubung siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat 28 Okt lalu melaporkan Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, tahun lalu berbanding pelaburan RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.