2 ditahan khianat guna mercun hingga cetus kebakaran

2 ditahan khianat guna mercun hingga cetus kebakaran

Polis berkata seorang warga tempatan dan warga asing yang ditahan bersama pelbagai jenis mercun direman enam hari hingga Rabu depan.

Beberapa kenderaan musnah dalam kebakaran sebuah rumah dipercayai akibat perbuatan khianat menggunakan mercun pada malam Khamis lalu. (Gambar IPD Kulai)
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan dipercayai terbabit perbuatan khianat menggunakan mercun hingga menyebabkan kebakaran sebuah rumah di Taman Putri, Kulai pada malam Khamis lalu.

Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, berkata seorang warga tempatan 30 tahun dan seorang warga asing 23 tahun ditahan bersama pelbagai jenis mercun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat perbuatan khianat menggunakan mercun hingga menyebabkan seorang wanita tempatan 41 tahun kerugian RM510,000.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek warga asing positif ganja.

Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Mahkamah Majistret Kulai meluluskan permohonan reman enam hari ke atas dua suspek itu hingga Rabu depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.