5 Adun lantikan Pahang angkat sumpah

5 Adun lantikan Pahang angkat sumpah

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail dan Adun lain.

dun pahang
Lima Adun lantikan mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan DUN Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Lima Adun lantikan mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan DUN Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari, Ketua MCA Bahagian Temerloh Wong Tat Chee, Ketua Umno Jerantut Haris Salleh Hamzah, Ketua Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua PKR Pahang Rizal Jamin.

Pada Nov 2020 DUN Pahang telah meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima Adun tanpa melalui proses pilihan raya, dan pada persidangan 13 Mei lepas, pelantikan lima Adun itu mendapat sokongan majoriti mudah selepas usul berkenaan dicadangkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh Adun Pahang.

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan Adun lain.

Sharkar ketika merakamkan ucapan tahniah kepada lima Adun berkenaan berkata pelantikan itu bertujuan membantu visi dan misi kerajaan negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.