
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata pelajar dikenali Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari sama.
“Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang.
“Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,” katanya menurut Bernama.
Media sebelum ini melaporkan pelajar itu telah melarikan diri dari sebuah sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.
Pihak sekolah telah cuba mencari di kawasan sekolah serta asrama, tetapi gagal dijumpai dan punca pelajar berkenaan melarikan diri masih dalam siasatan.